Wednesday, April 23, 2014

Cant Sleep & Its Already 1am

Terkebil kebil mata nih...
Semua ceruk FB IG dah dipunggah...
Masih segar pulak jadinya...
Belek anak anak yg dah tido...
Errrm kang bangun aku juga yg ngamuk..

Apa nak buat nih...
Cite tamil yg dirakam pun dah 2x tgk...
Aduii...
Pakai skincarelah yg lama ditinggalkn...
Tabita bolehlah tahan kesannya...
Dulu kusam skang dah agak sekata...
Tapi pedih macam kena siat kulit nih...
Seksa bila nak cantik...
Program jogging tergendala...
Gara gara kerja yg menimbun...
Arrgghhh Alasan!!!

Bila rilex memang rilex gilar kat opis...
Tapi bila mula ada keja...
Bertambah pulak keja lain yg datang...
Stress!!!
Mulalah aktiviti mengunyah...
Maka terhentilah aktiviti mengeluar peluh...
Kagum dgn adik ipar...
Tinggi disiplinnya...
Pakai skinny jeans dah skang...
Rasanya dia lagi sibuk...
Tapi ada saja masa utk kesihatan...
Bilalah nak jadi macam dia...

Sudah pukul 1.20am...
Cukuplah takat ini...
Lain waktu ketemu lagi...
Insya Allah.


Teringin 😊

Wednesday, April 2, 2014

Kembali aktif Ya'all

Rasanya roh menulis telah meresap masuk dlm badan coz life gettin bored with negative aura around me. So to make my life colorful n i love to share my life with my frens, i've decided to open up  a bit. Writing a blog gettin easier now with my cute little smartphone tq 🍎.

Ignore my immature writing before this n promised to be more mature n easy writer after this, fullamakk sekali writer derr heheheheh

Till then,

JayM (nickname pun xmau kalah)

Share gambaq pun xdaq kaitan dgn story but to represent that this blog gonna be sweet, creamy n healthy.


Wednesday, July 24, 2013

[GAMBAR] MEET #NURLILY SAFIYA

1 hr old
 
1 day old

 
1 week old

 
1 mth old

 
2 mths old

 
3 mths old

 
Now...4 mths old



Monday, February 4, 2013

35 weeks n masih ada yang tak lengkap **gelabah mode ON**

Alhamdulillah....
 
Kini dah 35weeks n gerakan baby semakin baik dan masalah vaginal discharge telah pulih sepenuhnya. Tiada putih, kuning, ijau or jernih yg keluar setakat ini dan i rasa ini juga contribute kpd gerakan yg sgt aktif oleh baby. Berkesan juga ubat insertion yg doktor prescribed last check-up dengan izin Allah swt jua. Thank you Allah kerana dalam usia yg agak berumur juga (35y.o dikira dah tua to have a baby kan), i masih boleh bergerak aktif....menguruskan perihal anak2, memantau homework/baju sekolah/siapkn ke sekolah/fetch them from school/cook for them/tidurkn depa/menjahit keperluan sekolah etc. Selain itu juga masih ada daya dan upaya untuk uruskan perihal rumah juga, mengemas/mengelap/mendecorate/mengatur kedudukan sofa n katil/siapkn bilik baby/membeli barangan baby/menjahit keperluan baby n umah/mengurus kreta yg buat hal etc. Setakat hingga hari ini, tiada cuti sakit yang diambil cuma cuti rehat nak pi shopping dgn member ke Expo baby kat PWTC.
 
Alhamdulillah atas kesihatan yang baik sepanjang pregnancy ini walaupun ada kalanya nak bangun, duduk n bangun semula adalah sangat payah sekali but malas nak manjakan badan yg memang patut sakit2 pun coz xkurus dulu sebelum pregnant. Tiada rasa berat di bahagian abdomen iaitu baby coz tumbesarannya adalah normal seperti org lain, kalau mengeluh-geluh sakit tuh is not because of u baby but because of mummy's lemak here n there, so its my fault not u sweetie... i'm glad having u inside me n cant wait to meet u, Insya Allah with Allah' permits....moga diselamatkan kita berdua sepanjang proses kelahiran nanti, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan dgn doktor/nurse yang baik2 serta perihatin dan cekap semasa kita di bawah jagaan mereka, semoga mummy lebih tenang, membuat breathing yang lebih efektif serta dapat menahan sakit contraction, semoga baby mempunyai tenaga dan daya yg kuat utk push kaki dan keluar dgn pantas dan semoga daddy diberi ketenangan, kekuatan serta sabar dalam menanggani perihal kita berdua di dewan bersalin nanti...(selalunya daddy u memang sentiasa excited, energetic dlm dewan bersalin pun....sampai nurse dok layan dia nyembang coz daddy suka sembang dgn sapa2 ntah n tiba2 bilik bersalin mummy penuh dgn nurse yg sukarela jadi cheerleader utk kita berdua) Insya Allah...amin.
 
Sejak dua menjak ini....telah terasa sakit di bahagian tulang punggung...mungkin proses mengembangkan tulang punggung sedang berlaku. Syukur sangat coz my best fren Azura telah belikan i loose pack of Tanamera'product which is VCO (virgin coconut oil) yg perlu diminum at 35weeks dan disapa dibhg vagina bagi memudahkan pembukaan/dilation ketika delivery nanti serta bagi mencegah infection di kawasan tersebut. Boleh dikatakan semua barangan baby paling penting baju telah cukup utk 3bln terawal. Beberapa brg belum diperolehi lagi such as:-

- Baby Cot IKEA (telah abis stok)

 
 
- Set Bersalin Amway Tropical herbs (mayb nak beli loose pack jer since tak semua yg digunakan)
 

- Pakej BF (Spectra 3 from OneBabyWorld RM406 dapat macam2, complete set for BF) - bajet burst so have to wait next paycheck. Must have this coz risau bila kena outstation ke US nanti, stok susu xdaq plak...need to pam dalam pantang nihh. So, kena beli chest freezer juga lah jawabnya walauweyyyyy.....

 
+
 
 
 
 
- Maxi-Cosi (pun bajet burst gak...so kena tggu duit kutu hahahahah)
 
 
Itu ajelah brg2 besaq yg belum diperolehi. Moga dengan rezeki baby, kita akan cuba mendapatkannya later k. Rasanya cukup setakat ini dan di lain waktu akan cuba share lagi story. Doakan kesejahteraan mummy, baby n family k. Moga kalian juga di bawah lindunganNya sentiasa juga....amin.
 
 
 
***Latest news***
 
Daddy dapat sambung study ke peringkat Ijazah Sarjana ya tuan sarjana heheheheh....rezeki anak, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini. Moga terus suksess ya babah!!!
 
 


 








Wednesday, January 23, 2013

33 weeks and counting....

Alhamdulillah....

Kini dah 33 weeks. Sepanjang pregnant, berat badan telah bertambah sebanyak 7.4 kg sahaja. If anak-anak yg dulu i gained around 12-15kg. Berat baby dah 2.2kg, meaning besaq gak anak ni. Kesimpulan berat i dicover oleh berat baby, uri, ayaq ketumban n lemak kat pungkuq skit hahahahah. Ramai kata i xgain weight cuma perut je besaq. memang xnampak coz memang sedia dah besaq pun :)

So far tiada isu besar berkaitan kesihatan ibu dan anak cuma pergerakan baby. I sgt bermasalah dlm mengira pergerakan baby coz byk sgt istilah pergerakan baby yg boleh/xboleh diambil kira. Baby i bergerak, kadang-kadang berombak, beralun n kadang2 hanya a soft kick or tickle. Nurse kata hanya yg berombak n beralun sahaja dianggap bergerak n selain dari itu adalah bukan. Nurse kata baby mesti bergerak seperti berpusing. Camna nak tau dia berpusing atau tidak coz if berpusing mmg dasyat sgt rasa gerakan tuhh. So, memang payahlah nak capai 10x dr 9am - 9pm. Doc n nurse marah n ask me to go to hospital (kena tahan wad) utk pantau pergerakan melalui CTG. I tak nak coz bila malam n biasanya i dalam keadaan baring memang keraplah baby bergerak dgn aktif n walupun xcukup 10 by 9pm but malam aktif bergerak, for me my baby is ok. But lain pula istilah klinik nih, depa kata siang perlu pantau n baby perlu aktif. Masalahnya bila kita aktif bekerja n bergerak kita xperasan samada baby bergerak atau tidak (miscounted la kan) but they said ini adalah antara petanda baby lemas. Uncounted coz tak perasan dengan memang xbergerak berbeza kannnn!!! I tetap taknak pergi hospital coz pada malam hari and awal pagi i ada rasa pergerakannya. Doktor siap buat note kat buku, advise patient to go to hospital due to less fetal movement but patiet refuse to do so. Alamak, statement doktor sgt tajam n terasa diri ini sgt degil nak dengar cakap doktor. What shud i do then? I berdoa pada Allah swt semoga terus menerus memberi perlindungan kepada baby ini dan semoga my instinct is correct that my baby is ok, amin.

Selain masalah di atas, i ada satu lagi masalah yg amat payahlah nak ubati.....vaginal discharge yang melampau. Sejak pada bulan ke-4, i alami discharge yg melampau. Since then, i xpernah putus pakai pad n pantyliner mengalahkan org xpregnant. If uzur, consumption of pad dlm 20. I walaupn pregnant, pakai pad hari-hari + panty liner waktu siang sebelum solat zuhur + panty liner pada waktu malam semasa masuk tidoq. WWOooooowwwww!!! penat. Mula-mula discharge cam milky warna putih but lama2 yg milky bertukaq menjadi warna kuning n hijau...so xleh jadi. I bagitau doktor n they prescribed me ubat masuk vagina for infection. Seksa nak masuk ubat ni coz i blur salurannya kat mana. I tahu lubang mana satu but utk memasukkan sesuatu tanpa gesaan (dlm keadaan kering) adalah sgt sakit n seksa. Sampai menanggis2. Ask my hubby to help but tersangkut plak kat dinding vagina yg mana menyebabkan sakit lagi kuat coz kena keluarkan semula. Alih2 kena buat cara biasa yg i dont have to explain here....hahahahah berjaya gak.

Pakai ubat ni hanya tahan utk 2weeks shj then discharge yg sama keluar balik. Doktor kata selagi tiada darah then it is only hormone punya reaction. Baru-baru ni ia keluar sgt banyak n sgt milky sampai jijik pulak nak tengok, so doktor bagi balik ubat sama. Hopefully kali ni dia sembuh terus coz i dont want this infection will disturb the delivy process.

Till then....

Monday, December 31, 2012

Last Story for 2012

Assalamualaikum wbt....

Dari pregnancy week 8 sampailah ke week 30, tiada sebarang story. I'm not good in writing...takut meleret-leret n sendiri pun boring nak baca....hahahahah. My pregnancy went well cuma check-up week 28 dapat teguran dari nurse yang i lost weight almost 1kg. Naik salah...turun pun salah. Baru-baru nih pun timbang kat umah pun turun gak sebyk 800gm. Sedang berusaha utk makan lebih banyak. Diakui....skang agak malas utk makan. Keinginan nak makan masakan ibu n mertua but they seldom here. Kalau datang pun sekejap jer, so serba salah nak minta apa-apa, so diamkan diri jer. Selalu if masak masakan mereka macam almost jadik but since pregnant nih, selalu cam tak jadi, tawarlah, kuah cairlah, santan xcukuplah....entahlah....xkena dgn tekak nak yg ori gak but what to do...kena redha n cuba cari kat kedai yg hampir2 sama. Keinginan lain memang takda....snacks/ice cream/coklat yg mmg dulu sgt suka, skang mmg xsuka. Skang akan melalui check-up every 2weeks so hopefully tiada masalah. Masa hari tuh pun dah kena minum air gula n Alhamdulillah resultnya normal. Baby is very aktif n hope dia terus aktif sampailah saat kelahirannya nanti.

Emosi wise mmg agak kurang stabil. No support from family side. Ada yg amik tau n ada yg buat tak tau. Kenapa nak suh org amik tau pun, i pun tak tau. Inilah yg dikatakan emosi xstabil. We banyak handle sendiri dari anak sakit sampailah sihat sampai sakit semula sihat semula, sekolah, concert, hal ehwal rumah dll. Bibik skang agak "tak tau nak cakap camna" punya keadaan. Sumtime dia ok sumtime dia k.o. Kadang-kadang dia cuba ngelak utk buat kerja yg biasa dia buat dan harapkan i yg tengah sarat mengandung utk buat. I plak bukan jenis yg suka nak remind/arah/cakap benda yg sama selalu so kenalah buat sendiri. Gaji still demand tinggi but byk kerja gak yg i kena buat. Masak sudah pasti mmg i masak. If i takda mood/penat nak masak, dia pun takkan masak n sian anak2 merenggek lapaq n she will just ignore...kadang2 nak bagi bdk2 diam, dia hulurnya snacks/jajan/benda2 yg xsihat. Alahai...geram jugak but i xnak repeat benda sama selalu coz xnak dia terasa but my kids camna plak kan. So, dalam keadaan xlarat jugaklah i kena turun n masak for my kids. I plak jenis geli tengok sinki berlumut, bila dah pesan, dia buat tapi buat ala kadar. Dia tak bersihkan part yg bawah bekas pinggan, tempat ayaq berkumpul n berlumut. So, malas nak pesan kali kedua, so i jugaklah yg menyental keseluruhan sinki dgn alihkan brg2 lain dahulu (thats the way that i want it to be done). I tunjuk kat dia to do this way next time every 2weeks/mth but xbuat gak until i ask to do it. Alahai...penatlah asyik nak suruh. Kemas bilik pun camtu, dia akan sapu surface yg dia nampak sahaja. Bawah katil or celah almari mmg takkan buat punya. So i jugaklah yg tgh memboyot nih alih2 katil/almari menyapu n mengemop. Hubby marah gak nape i buat kerja berat2, what i can say is i lebih puas buat sendiri dari harap kat dia. Same goes to bilik air yg i kena basuh sendiri utk puas hati, if harap dia mmg banyak celah yg termiss/tak ambil port. My doter yg sulung pun dah pandai pointkan tempat yg dia geli coz still there, xbersih. Adakah i nih cerewet??? Errrmmmm, if anyone knows my mum, they know why i'm also like that...heheheheh
Mak mmg seorg yg sgt particular pasal kebersihan. Dari kecik everyday rumah kena sapu n mop....everyday mopppp....luar dalam porch keta dapuq bilik etc everyday!!! Bilik air kena basuh sekali seminggu n air kolam kena tukar bila dah warna xjernih n tukar means kena masuk dlm kolam n sental. N mangsa yg kena buat semua benda itu adalah I, not my sister. Alasan mak, adik kecik lagi. Fine....mmg i mangsa dera mak dan impactnya sampai hari ini!!!
Apa yg buat i terkilan is i tak kisah sgt dgn sikap acuh tak acuh bibik....but i terkilan why u being so demanded, i accept your demand but there's no any improvement but gettin worst. I dah cakap kat hubby...i dont need a maid after this coz i can handle it. Hubby insist to remain her coz he cant help me with the house chores n xmau pening2 pikir pasai mana nak transit anak after school or mana nak hantaq baby. He cant help me coz dia bukan jenis yg nak tolong mop/sidai baju/mandikan anak2 or whatever that hubby could help a wife. He rather to have bibik yg xperform asalkan dia xperlu nak buat apa2. And he knows if bibik tak boleh buat....I can do it!!! Arrrggghhhhhhhhhhh!!!!
Bibik dah 6yrs dgn kami n mayb dia dah bosan n if we make any new arrangement, pasti dia tak suka coz dia akan banding dulu takda jadual kerja kenapa skang nak ada plak, why, dunt trust her anymore kerrr??? pastu merajuk n satu kerja plak nak pujuk n jelaskan maksud sebenar. Alahai.....itu kisah bibik since dah akhir tahun....so ini dianggap appraisal dia lah ekk. Now, i cuma leh doa n mohon ditunjukkan jalan yg buat i happy n settlekan kemelut di atas. Mayb i kena redha terus keep her walaupun xsebagus mana n telan apa yg kurang n kenalah sama2 jadi bibik jugak walaupun u dah pay dia banyak or mayb dia xnak sambung n moga Allah permudahkan urusan kami nanti, Insya Allah.

Lately i have an issue with Mak. Since blog i nih xdaq sapa yg baca so want to keep it as a record. i understand mak yg semakin dimakan usia akan menjadi sgt sensitif. but my Mak, she is not only sensitif but demanding jugak. She cant take any suggestion n want everyone to agree with her walaupn ia xconvenient. Last time masa dia dah abis operate matanya, memang i yg jemput dia dr hosp kuala pilah n bring her at my home, senang i nak jaga nak bawa dia ke hosp putrajaya for follow-up. My sibling yg lain mmg xambil port. They only call her but never visit her. Fine, depa bz kut. I suggest mak to continue operate her another eye kat ptrjya sahaja since i dah boyot n senang i leh drive/.fetch her from hosp since sibling lain pun xamik sebrg port pun, so its ok i'll incharge. But mak insist nak buat kat kuala pilah jugak. Ok, xpalah ikut je lah kehendak dia. But i said boleh tak dia minta my brother/sister to fetch her from there n come to my house so i can take care of her during recovery period. Dia taknak!!! Dia kata dia boleh handle sorang diri n said dia nak balik rumah dia terus after operate n follow-up pun dia leh buat sendiri gak. She rather to do it by herself rather than nak minta my sibling utk bantu dia. She said she cant trust them since they can buat xamik port macam dulu. Adakah mak masih mengharapkan i jugak to go to kuala pilah n settlekan semua walaupun pada waktu itu i dah sarat mengandung. Why she keep on pushing me n let me being in a stage of serba-salah. I xsampai hati but my body could not allow me to do that. If i xpregnant, i didnt find any difficulty to help my Mak. Why she being so biased? I wonder how my sibling leh buat tak tahu? Adakah mereka anggap yang apa-apa pun yg terjadi, Jue will take care of everything so no worry, let sleep peacefully!! I sgt geram dgn mereka but i dunt have a gutt to say it to them coz i xnak keruhkan keadaan. If i yg suruh mereka buat, i risau mereka rasa yg i arah2kan mereka utk buat but heyyy ini adalah tanggungjawab bersama, silalah play part but who am i to say it. So, till now, tiada solution. mak tetap dgn pendiriannya n i cuma leh berdoa agar semua dipermudahkan dan dilembutkn hati adik-beradik utk turut membantu bukan saja utk mak mereka tetapi turut mengasihani keadaan i yg tak mengizinkan ini. Alahai.....



On top of every sad thing yg berlaku, I sangat bersyukur akan kurniaan Allah of me having beloved hubby n anak2 with me. Alhamdulillah, anak2 tidak pernah mengecewakan i malah memberikan kegembiraan berlipat2 ganda sehinggakan i lupa yg i ada byk masalah lain. My anak2' happiness bits everything all, penat serabut kekusutan kekecewaan terkilan etc hilang when i saw their smile, their cheeky attitude, kasih sayang, peluk cium......penawar kepada segala sakit yg i alami. Anak dlm tummy ini juga turut memberikan kegembiraan tersebut coz dia pun seolah-olah mengeletek tummy i every nite tanpa gagal sejak 5 bulan kehamilan. I syukur Allah masih kasihkan i dgn memberikan rezeki kepada kami walaupun keinginan utk memiliki anak lelaki itu agak samar utk kali ini but as for me anak tidak kira jantina adalah zuriat kami yg telah diamanahkan olehNya untuk kami didik menjadi anak soleh/solehah. Kami nekad utk membesarkan mereka dgn kasih sayang yg mana hanya dari kami sahaja yg boleh mereka harapkan dan akan tegas utk kebaikan mereka juga. Kami juga perlu adil supaya tiada yg terkecil hati bahawa kasih sayang itu adalah sama rata dan tiada pilih kasih antara anak-anak. Coz hubby and i dah rasa betapa pedihnya perasaan bila ada yg pilih kasih dan kami tak mahu anak2 kami turut merasakan benda yg sama.

I rasa sgt bersalah kerana tidak masukkan adik ke sekolah yg bagus seperti kakaknya dulu but i sedar lebih awal dan kami sgt gembira kerana bertindak awal dari membiarkan adik terus di sekolah lama. I selalu underestimate adik but she has proved me wrong that she is more independant n strong dari kakaknya. Adik tidak mendpt perhatian sepertimana yg kakak dapat masa dia kecik dulu dari atuk, nenek, aunty, uncle coz dia mmg seorg yg pendiam dan sukar didekati. Mungkin juga sebab dia sudah bersama bibik dan memikirkan bahawa its ok coz adik in a good hand of bibik. I pun kadang2 begitu juga, membiarkan adik ke sekolah bersama bibik n let her spend more time with bibik membuatkn dia agak anti-sosial n kurang rapat dgn sedara-mara. But itu adalah karekter adik yg tak semua org faham but kini i telah mengambil beberapa action for her not to be left-out from others. Kadang-kadang aku kesian gak tgk bila Tok Ayahnya (the only atuk that they have since my dad dah tiada) selalu peluk kakaknya bila they came for visit but adik agak sukar nak peluk2 coz dia malu. kakak pun agak rapat dgn toknya coz dulu masa pengasuhnya meninggal dunia, tok ayahlah yg babysitt kakak for almost 2weeks. So tak kata kat depalah, kita akan jadi rapat bila kita sentiasa bersama but lately bila mereka only spend less than 1day with them, they sampai malam n the next morning dah tepaksa balik coz ada commitment lain, mulanya i xrasa apa2 but since kakak dah pandai meluahkan perasaan, i sumtime could not find an excuse to give to them, ada satu hari tu kakak tanya i why dia bangun pagi tengok tok dah takda coz she want to show her lukisan to them, i tetiba menangis ntah apa-apa ntah.....sila salahkan progesterone i k. I dapat rasakan yg my doter need sumthin else than us. Ye betul kami selalu memberikn perhatian n love to them but they want the same but from someone else, kepelbagaian rasa kuttt. Pernah juga kami ajak toknya berjalan-jalan bersama kami but that never happen since mereka juga ada hal yg lebih penting lagi. Anak2 pun ada tanya why they dun want to ikut but kami byk diamkan jer....i think anak2 pun dah boring asyik keluaq dgn kami jer kuttt since they already know our style of berjln2.....makan, beli brg, amik gambar blablabla....heheheheh....macam kita juga balik2 kat tempat kerja yg sama dgn bos yg sama...bohsan jugak kan....same goes to them. Its not fair for me to say that toknya not being fair coz i understand kasih sayang tidak boleh dipaksa n kekurangan spending time bersama mungkin contribute ketidakakraban mereka since they stay far away jugak. So, we tried to minimize that situation n akan terus cuba mencari aktiviti pabila semua org free. If xdapat then kami kena cari alternative lain gamaknya.
 
 
Adik baru-baru ini telah diberi anugerah "New Impressive Award" from SmartReaderKids. Actually dia demam 3days before. Pada pagi concert temp dia mencecah ke 41.0'c. Kami dah risau, masuk ubat pungung, temp tak surut2. Berkejar kami ke Hosp Pakar An-Nur. Ingat nak buat blood test but doc said no need coz skang masih dalam tempoh badan fight with the virus since adik dah mula antibiotik for 3days. Kami akur n doc sarankan utk beri ubat minum walupun dah masuk punggung but diff kind of ubat. Seling seli between paracetamol n pain killer (vorrent). Demam adik kebah but she could not eat n dia insist utk pergi ke concert pada ptg tuh jugak. I risau dia pitam coz didnt eat anything but semangat adik sgt kuat. Menangis i tgk dia excited siapkan diri n berpeluh2 pakai baju, socks rambu ramba. Sian adik. Cikgu said glad she could come coz she has a surprise for us. Dan award tersebutlah surprisenya buat kami. That award adalah buat student yg start with zero knowledge (meaning xtau baca/tulis) semasa masuk SRK but at the end of year, she successfully dapat mengimbangi prestasi dia bersama student2 senior. She can read/tulis/mengira dengan baik. Tq adik for making us happy. Last saturday pergi orientasi Tahun 1, at first dia macam xnak but since kami bawa kakak sekali, dia tersgtlah ok, tak menangis n dapat lalui hari pertama bersekolah bersama 33 rakan yg lain dlm kelas. If dulu hanya 10org dlm satu kelas but now with 33 frens she can cope very well. Alhamdulillah....nikmat Allah yg mana mahu kamu dustakan. But on 2 January 2013, i tetap amik cuti walaupun sehari (Tak adil coz zaman kakak i amik cuti seminggu) utk pantau meeting point dia n kakak n how she handle herself kat kantin nanti.

 
Persiapan baby pun tak banyak yg disediakan coz aura utk beli brgnya belum mariii. But sum said yg bila dah masuk 7bulan better have sehelai dua dulu kut menghadapi emergency delivery, at least babyku berbaju n bernappy. So i just bought yg asas seorg baby perlu ada ketika kelahiran. Yg lain-lain akan dibeli masa 2nd bonus nanti heheheheh.

 
Hubungan bersama rakan2 dan staf KPT sgtlah baik. Sumtime kawan lebih byk membantu n support. Rakan juga yg byk bagi nasihat n i tried not to have any gap between me n my staff. Kita manusia biasa. Bila kita lebih akrab, kerja mnejadi lebih mudah n bahagia jer duk terperuk kat opis 8-9hrs. Now, dah kul 8.30pm, i'm still kat ofis but so happy being surrouded with nice people. Closing account pun xterasa payahnya. 

 
My love life....Alhamdulillah, syukur pada yg Esa kerana dia memang untukku. Perbalahan pendapat yg wujud sekadar salah satu rencah dlm marriage life kami. I xsempurna so dont expect too much from him too. We compliment each other. Aku syukur kerana keluarga dia treat aku as part of them, mana yg kurang, aku kena terima kerana aku juga tidak sesempurna mana pun di mata mereka. Wlaupun kami dah bersama selama 9 tahun but we are still learn to understand each other, to accept kekurangan dan memperbaiki our romance life jugak wowwiiieeee........
 
Next year 2013 gonna be our 10th yr of Anniversary. Dengan bertambahnya ahli baru, moga hidup kami lebih ceria, meriah n to add more kids in our life. I tak ramai sibling so i nak rasa bila ramai camna rasanya. Moga Allah swt terus menerus mengurniakan kami zuriat yg ramai, sihat dan soleh/selehah. Soooo looking forward to year 2013....Insya Allah. Jumpa lagi di tahun hadapan...muahhhhhhhh!!!!

Thursday, October 11, 2012

ALLAHUAKBAR!!! ALLAH MAHA BESAR!!! (Part 2)

Satu perkara yang sentiasa tersemat dalam hati....
"DON'T GIVE-UP ON ALLAH SWT!!! KEEP PRAYING, TAWAKAL & REDHA"
 
Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita adalah berdasarkan kesanggupan serta untuk menilai ketaqwaan kita. Mintalah apa sahaja kerana Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Penyembuh serta Maha Mendengar. Ujian yang Allah berikan kepada aku 2 bulan yang lalu benar-benar menyedarkan aku bahawa jangan menoleh dariNya, terus berdoa dan hikmah serta nikmat Allah ada di sebalik ujian tersebut. Aku telah nampak hikmah tersebut dan hingga kini aku amat bersyukur bahawa dengan ujian ini juga, Allah memperkenankan doaku yang satu lagi. Sungguh besar pemberian Allah kepadaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.
 
Dalam gembira mendapat berita kehamilanku, Allah menguji aku dengan berita adanya breast lump. Serba sedikit ia menyedarkanku untuk tidak terlalu gembira pada berita kehamilan tersebut kerana mungkin kegembiraan kita itu menyedihkan orang lain yang tidak dikurniakan zuriat. Aku menjadi lebih sensitif akan nasib rakan2 lain yang masih mengharapkan zuriat pertama sedangkan aku yang lambat menerima zuriat ke-3 pula yang merungut akan kelewatan tersebut. Astagfirullahhalazim, beristigfar aku banyak kali kerana kurang sabar serta terlalu sedih akan keguguran pada awal tahun tersebut. Aku benar-benar insaf dan pregnancy kali ini aku sembunyikan beritanya sehingga ia benar-benar menjadi, aku ubah url blog ini juga kerana kuartir akan luahan hati aku ini mungkin akan menguris perasaan rakan-rakan lain walaupun memang tak ramai pun reader blog ini, namun, ingin aku jadikan ia satu catatan buat tatapan di masa hadapan, Insya Allah. Below is the first picture through ultrasound of my baby (8 weeks). Semasa membuat ultrasound di Klinik Maria, aku menanggis di depan doktor kerana sayu mendengar heartbeat baby yg amat aku rindui. Syukur Alhamdulillah.
 
 
Berbalik semula kepada lawatan ke Hospital pada hari ini. Aku lebih selesa ke hospital seorang diri kerana takut akan menyusahkan serta mengusarkan pihak hubby pula. Biarlah aku tanggung sendiri tetapi visit yang kali ini, aku pasrah serta amat memerlukan kehadirannya untuk menguatkan aku sepanjang makluman result biopsy lalu. Risau kalau aku pengsan akan berita buruk atau aku perlu seorang yg lebih 'sane' utk mendengar perkabaran tersebut. Hubby banyak membantu serta berdoa utk kesejahteraan n kesihatan aku. Nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan. Alhamdulillah! pernah aku kabarkan padanya jika i sudah tidak sesempurna wanita lain, i izinkan dia kawin lain untuk tidak menyangkal kehendak lelaki atas kesempurnaan seorang wanita. Ditempelaknya aku dgn jawapan yg agak kasar tapi sweet sebenarnya "I kawin dgn u bukan kerana t***k u!!!" Dusshhh seperti satu tamparan terkena tepat pada muka, ye betul kaum wanita suka bersangka buruk pada suaminya, aku insaf! berdosa seorg isteri bersangka buruk pada suaminya. I minta maaf B. I cuma redha atas apa yg akan berlaku pada i nanti dan i nak u happy always.
 
Boleh dikatakan hubby i sgt tabah orangnya, dia sering mengatakan yg lump yg aku ada 'tidak ada apa-apa sebenarnya' sedangkan aku pulak sering memikirkan towards the worst of it, kunun nak preparekan diri supaya lebih bersedia. Tapi itu semua adalah bohong belaka. Tiada istilah untuk "to prepare myself for the worst", TIDAK AKAN! kita rasa kita kuat tapi sebenarnya kita memang lemah, suka berfikir sampai ke laut penghujungnya. Itulah sebaik-baik kejadian Allah swt, lelaki adalah pelengkap kepada kaum wanita, Subhanallah!!!
 
 
Pukul 6.30pagi, aku dah gerak ke hospital, semata-mata utk jadi yg terawal dan xperlu tunggu lama2. Hubby lewat skit kerana perlu hantaq yg sulung ke sekolah. Around 7.45am hubby sampai n terus kami ke cafe to have breakfast first. Dia makan but aku diam aje, memang xdaq selera lansung. Kegerunannya seolah-olah nak amik result SPM tapi yg ini maha dasyat feelingnya coz its between life n death (xsemestinya death jika kita berusaha utk sembuh n pray to Allah utk sembuh, Allah Maha Penyembuh). kukabarkan pada hubby jika diminta utk admit hospital on the same day if nak remove the lump, i sanggup coz i cant bare the burden anymore. I want to concentrate on my baby pula coz i've been neglecting him/her for the past 2 mths. Hubby xcakap apa cuma teruskan makan n keep on saying that its nothing gonna happen to me n i will be just fine!
 
Around 8.15am, kami tggu di Klinik Surgical n less than 5 minutes, my number dah appeared, terus masuk bilik. Sesampai sahaja di bilik doktor, the first word yg aku dengar dari seorang manusia yang bernama Doktor Hariri (belum sempat pun kami duduk)........ALHAMDULILLAH!!!
 
Ya Allah, bagai nak gugur jantung ini bila perkataan suci itu dikabarkan padaku, syukur Ya Allah, Kau masih menyayangiku, mengasihaniku, mendengar keluh resah rayuanku, hajatku, doaku. Bukan dariku sahaja malah Kau mendengar juga permintaan serta doa dari Suamiku, Ibuku, Kedua Mertuaku, Adik-beradikku, Ipar-duaiku serta rakan-rakanku. Amin amin amin amin.
 
Ayat-ayat lain seakan-akan terbang melayang dalam bilik tuh. Aku dah tak fokus, wajah orang-orang kesayanganku satu persatu berlegar-legar dalam bilik tuh, tak dapat nak kabarkan feeling pada waktu itu, aku masih ada harapan utk terus membesarkan anak-anakku, membantu suamiku serta keluargaku, masih ada masa dan ruang yang aku berjanji tak akan aku sia-siakan, juga aku berjanji utk menjadi hamba yg terbaik kepada Allah, Tuhan yg Maha Agung yang mana kasihku padaNya takkan aku sia-siakan. Tq Allah!
 
Aku biarkan hubby sahaja yg bercakap. Yg aku dapat tangkap, that lump is not cancerous or even cyst. Its only gumpalan air yang mungkin terbina utk mempreparekan diri utk menyusu, its only kilang susu for the baby. We called it 'Benign'. But to be more precautious, i need to return to the hospital setelah habis berpantang sumwhere in April next year to undergo the same procedure to be sure that nothing else to appear after delivery n make it as a routine check-up so that any lump that appeared can be remove immediately.
 
Always bear in mind if lump appeared in the area of underarm, we must hurry to the hospital coz if the lump is cancerous, it will spread quickly than other area since underarm area is a location of our 'lymph node' in which the cancerous cell can be spread widely to other area in the short period of time. So, Dear Girlfriends, plzplzplz, do self-check everyday while lying down in bed. During that position, our breast is in a flat condition n lump can be easily detacted. Any lump that appeared, plzplzplz refer to the nearer hospital n to be sure plz read via google coz it helps so much n guide us on what to do next. Prepared ourself with knowledge n ask your doktor regarding those lump. Plz undergo any procedure to be sure what the lump is all about n if its a dangerous kind of lump then seek other opinion on how to treat those lump. Lump yang jenis Cyst can be removed or just by suction by a needle. Lump yang jenis benign can just leave it there, no action needed. Lump yang jenis cancerous, ada prosesnya ikut tahap samada buang then continue with kimo n i have read sumwhere a mother with 5 mths pregnancy that being diagnosed with breast cancer, has undergo lectomy (sorry if salah ejaan) which means buang ketulan n undergo kimo while pregnant. No side effect on the baby cuma baby small skit n pre-matured but baby is safe. Kimo ada banyak jenis n pemilihan jenis kimo adalah bergantung kepada tahap kanser dan pesakit samada pregnant/tidak.
 
And always remember, pray to Allah swt untuk penyembuhan segera dan dipermudahkan urusan. Insya Allah, Allah Maha Pendengar serta Maha Penyembuh. Aku turut berdoa kepada semua family member dan rakan-rakan supaya dijauhkan penyakit berbahaya ini dan semoga bagi mereka yg sedang menderita sakit ini, aku doakan Allah segera menyembuhkan sakit tersebut supaya kita dapat jalani hidup seperti sediakala. Amin.