ALLAHUAKBAR!!! ALLAH MAHA BESAR!!! (Part 2)

Satu perkara yang sentiasa tersemat dalam hati....
"DON'T GIVE-UP ON ALLAH SWT!!! KEEP PRAYING, TAWAKAL & REDHA"
 
Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita adalah berdasarkan kesanggupan serta untuk menilai ketaqwaan kita. Mintalah apa sahaja kerana Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Penyembuh serta Maha Mendengar. Ujian yang Allah berikan kepada aku 2 bulan yang lalu benar-benar menyedarkan aku bahawa jangan menoleh dariNya, terus berdoa dan hikmah serta nikmat Allah ada di sebalik ujian tersebut. Aku telah nampak hikmah tersebut dan hingga kini aku amat bersyukur bahawa dengan ujian ini juga, Allah memperkenankan doaku yang satu lagi. Sungguh besar pemberian Allah kepadaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.
 
Dalam gembira mendapat berita kehamilanku, Allah menguji aku dengan berita adanya breast lump. Serba sedikit ia menyedarkanku untuk tidak terlalu gembira pada berita kehamilan tersebut kerana mungkin kegembiraan kita itu menyedihkan orang lain yang tidak dikurniakan zuriat. Aku menjadi lebih sensitif akan nasib rakan2 lain yang masih mengharapkan zuriat pertama sedangkan aku yang lambat menerima zuriat ke-3 pula yang merungut akan kelewatan tersebut. Astagfirullahhalazim, beristigfar aku banyak kali kerana kurang sabar serta terlalu sedih akan keguguran pada awal tahun tersebut. Aku benar-benar insaf dan pregnancy kali ini aku sembunyikan beritanya sehingga ia benar-benar menjadi, aku ubah url blog ini juga kerana kuartir akan luahan hati aku ini mungkin akan menguris perasaan rakan-rakan lain walaupun memang tak ramai pun reader blog ini, namun, ingin aku jadikan ia satu catatan buat tatapan di masa hadapan, Insya Allah. Below is the first picture through ultrasound of my baby (8 weeks). Semasa membuat ultrasound di Klinik Maria, aku menanggis di depan doktor kerana sayu mendengar heartbeat baby yg amat aku rindui. Syukur Alhamdulillah.
 
 
Berbalik semula kepada lawatan ke Hospital pada hari ini. Aku lebih selesa ke hospital seorang diri kerana takut akan menyusahkan serta mengusarkan pihak hubby pula. Biarlah aku tanggung sendiri tetapi visit yang kali ini, aku pasrah serta amat memerlukan kehadirannya untuk menguatkan aku sepanjang makluman result biopsy lalu. Risau kalau aku pengsan akan berita buruk atau aku perlu seorang yg lebih 'sane' utk mendengar perkabaran tersebut. Hubby banyak membantu serta berdoa utk kesejahteraan n kesihatan aku. Nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan. Alhamdulillah! pernah aku kabarkan padanya jika i sudah tidak sesempurna wanita lain, i izinkan dia kawin lain untuk tidak menyangkal kehendak lelaki atas kesempurnaan seorang wanita. Ditempelaknya aku dgn jawapan yg agak kasar tapi sweet sebenarnya "I kawin dgn u bukan kerana t***k u!!!" Dusshhh seperti satu tamparan terkena tepat pada muka, ye betul kaum wanita suka bersangka buruk pada suaminya, aku insaf! berdosa seorg isteri bersangka buruk pada suaminya. I minta maaf B. I cuma redha atas apa yg akan berlaku pada i nanti dan i nak u happy always.
 
Boleh dikatakan hubby i sgt tabah orangnya, dia sering mengatakan yg lump yg aku ada 'tidak ada apa-apa sebenarnya' sedangkan aku pulak sering memikirkan towards the worst of it, kunun nak preparekan diri supaya lebih bersedia. Tapi itu semua adalah bohong belaka. Tiada istilah untuk "to prepare myself for the worst", TIDAK AKAN! kita rasa kita kuat tapi sebenarnya kita memang lemah, suka berfikir sampai ke laut penghujungnya. Itulah sebaik-baik kejadian Allah swt, lelaki adalah pelengkap kepada kaum wanita, Subhanallah!!!
 
 
Pukul 6.30pagi, aku dah gerak ke hospital, semata-mata utk jadi yg terawal dan xperlu tunggu lama2. Hubby lewat skit kerana perlu hantaq yg sulung ke sekolah. Around 7.45am hubby sampai n terus kami ke cafe to have breakfast first. Dia makan but aku diam aje, memang xdaq selera lansung. Kegerunannya seolah-olah nak amik result SPM tapi yg ini maha dasyat feelingnya coz its between life n death (xsemestinya death jika kita berusaha utk sembuh n pray to Allah utk sembuh, Allah Maha Penyembuh). kukabarkan pada hubby jika diminta utk admit hospital on the same day if nak remove the lump, i sanggup coz i cant bare the burden anymore. I want to concentrate on my baby pula coz i've been neglecting him/her for the past 2 mths. Hubby xcakap apa cuma teruskan makan n keep on saying that its nothing gonna happen to me n i will be just fine!
 
Around 8.15am, kami tggu di Klinik Surgical n less than 5 minutes, my number dah appeared, terus masuk bilik. Sesampai sahaja di bilik doktor, the first word yg aku dengar dari seorang manusia yang bernama Doktor Hariri (belum sempat pun kami duduk)........ALHAMDULILLAH!!!
 
Ya Allah, bagai nak gugur jantung ini bila perkataan suci itu dikabarkan padaku, syukur Ya Allah, Kau masih menyayangiku, mengasihaniku, mendengar keluh resah rayuanku, hajatku, doaku. Bukan dariku sahaja malah Kau mendengar juga permintaan serta doa dari Suamiku, Ibuku, Kedua Mertuaku, Adik-beradikku, Ipar-duaiku serta rakan-rakanku. Amin amin amin amin.
 
Ayat-ayat lain seakan-akan terbang melayang dalam bilik tuh. Aku dah tak fokus, wajah orang-orang kesayanganku satu persatu berlegar-legar dalam bilik tuh, tak dapat nak kabarkan feeling pada waktu itu, aku masih ada harapan utk terus membesarkan anak-anakku, membantu suamiku serta keluargaku, masih ada masa dan ruang yang aku berjanji tak akan aku sia-siakan, juga aku berjanji utk menjadi hamba yg terbaik kepada Allah, Tuhan yg Maha Agung yang mana kasihku padaNya takkan aku sia-siakan. Tq Allah!
 
Aku biarkan hubby sahaja yg bercakap. Yg aku dapat tangkap, that lump is not cancerous or even cyst. Its only gumpalan air yang mungkin terbina utk mempreparekan diri utk menyusu, its only kilang susu for the baby. We called it 'Benign'. But to be more precautious, i need to return to the hospital setelah habis berpantang sumwhere in April next year to undergo the same procedure to be sure that nothing else to appear after delivery n make it as a routine check-up so that any lump that appeared can be remove immediately.
 
Always bear in mind if lump appeared in the area of underarm, we must hurry to the hospital coz if the lump is cancerous, it will spread quickly than other area since underarm area is a location of our 'lymph node' in which the cancerous cell can be spread widely to other area in the short period of time. So, Dear Girlfriends, plzplzplz, do self-check everyday while lying down in bed. During that position, our breast is in a flat condition n lump can be easily detacted. Any lump that appeared, plzplzplz refer to the nearer hospital n to be sure plz read via google coz it helps so much n guide us on what to do next. Prepared ourself with knowledge n ask your doktor regarding those lump. Plz undergo any procedure to be sure what the lump is all about n if its a dangerous kind of lump then seek other opinion on how to treat those lump. Lump yang jenis Cyst can be removed or just by suction by a needle. Lump yang jenis benign can just leave it there, no action needed. Lump yang jenis cancerous, ada prosesnya ikut tahap samada buang then continue with kimo n i have read sumwhere a mother with 5 mths pregnancy that being diagnosed with breast cancer, has undergo lectomy (sorry if salah ejaan) which means buang ketulan n undergo kimo while pregnant. No side effect on the baby cuma baby small skit n pre-matured but baby is safe. Kimo ada banyak jenis n pemilihan jenis kimo adalah bergantung kepada tahap kanser dan pesakit samada pregnant/tidak.
 
And always remember, pray to Allah swt untuk penyembuhan segera dan dipermudahkan urusan. Insya Allah, Allah Maha Pendengar serta Maha Penyembuh. Aku turut berdoa kepada semua family member dan rakan-rakan supaya dijauhkan penyakit berbahaya ini dan semoga bagi mereka yg sedang menderita sakit ini, aku doakan Allah segera menyembuhkan sakit tersebut supaya kita dapat jalani hidup seperti sediakala. Amin.

 

Comments

Popular Posts