Pagiku Tidak Seceria Selalu

Pagi ini tak seceria selalu..
Jika dulu aku ditemani lawaknya sebagai peneman waktu tgh mlm mengadap buku...
Dia muncul kembali menceriakan pagiku utk pergi kerja mencari rezeki...
Di saat kegemilangannya Allah mengambilnya...
Di saat generasi baru hendak mengenalinya...
Dia pergi buat selamanya.
Namun aku bertuah kerana dapat mengenalinya dulu...
Walaupun hanya di corong radio dan kini di kaca tv...
Aku puas mendengar celotehnya..kegilaannya...
Demi membuat insan seperti aku dan yg lain...ketawa..dan terus ketawa..
Namun apalah dayanya...kita kini menangis...menangis pula...
Rakanmu tak seceria selalu...
Raut wajahnya...merinduimu...
Pasti lama untuk sembuh kembali..
Kerana kau tetap selalu di hatinya...
Cuba mengingati setiap detik bersama..
Kau pergi membawa ceria pagi hari ini dan selamanya...
Sembuhkah lagi pagi esok?...
Ya Allah berikan kami, keluarga serta rakannya kekuatan..
Menghadapi hari-hari tanpanya..tanpa lawak jenakanya...
Ya Allah cucurilah rahmat sebesar alam...
Buat Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri ...
Al- Fatihah...

Comments

Popular Posts